Sunday, November 27, 2011

Majlis Makan Malam Butik Kristal di Bangsar, Kuala Lumpur




Sepanjang menjalankan perkhidmatan PA sistem, inilah kali pertama khidmat kami digunakan untuk majlis makan malam atau annual dinner untuk sebuah butik di Bangsar.

Jika untuk majlis perkahwinan atau acara di tempat terbuka, kami menyediakan seleksi-seleksi lagu dari genre balada hingga ke genre musik terkini.

Pada majlis ini, seleksi lagu yang disediakan mengikut aturcara majlis yang telah disediakan. Acara bermula pada dari pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 12 malam. Dan seharusnya pada majlis ini akan diakhiri dengan acara tari menari.

Sesungguhnya, pengalaman ini menjadi satu lagi majlis yang akan kami sediakan perkhidmatan yang terbaik selain dari majlis-majlis yang pernah kami lakukan.



26 November 2011 - Majlis Perkahwinan di Seksyen 2, Wangsa Maju.

Tarikh: 26 November 2011
Tempat: Seksyen 2, Wangsa Maju














Kami dari pihak Tree D Entertainment mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah kerana menggunakan perkhidmatan kami untuk majlis ini.

Pakej yang disediakan pada majlis ini adalah :
1. Set Karaoke
2. PA Sistem
3. Deejay

Semoga perkhidmatan kami memberi kepuasan kepada pelanggan kami.

Terima kasih daun keladi... ;)